Harga Tuisyen di Rumah

Guru Tuisyen di rumah

Kandungan

  • Berapa harga tuisyen dirumah?
  • Bagaimana cara pengiraan yuran bulanan tuisyen di rumah?
  • Harga tuisyen berkumpulan kecil (penjimatan berganda).

Jika dilihat pada perkembangan semasa pembelajaran terutamanya dari segi persaingan sihat dalam kalangan murid mahupun pelajar, peranan tuisyen pastinya tidak dapat dinafikan untuk memastikan pelajar mahupun murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Terdapat dua jenis tuisyen, iaitu tuisyen secara berkumpulan (pusat tuisyen) dan tuisyen secara individu (tuisyen di rumah). Dalam artikel ini kita akan fokuskan perbincangan kepada tuisyen di rumah yang melibatkan seorang pelajar bersama seorang tutor.

Bacaan berkaitan: Kenal pasti 4 tanda anak perlukan tuisyen di rumah.

Salah satu perkara yang menjadi persoalan ramai ibu bapa mengenai tuisyen di rumah ialah tentang harga. Berapa harga tuisyen di rumah yang perlu dibelanjakan untuk sebulan?

Secara umumnya harga tuisyen di rumah agak mahal sedikit berbanding jika menghantar anak ke pusat tuisyen. Sebenarnya harga yang anda bayar bukanlah mahal tetapi berbaloi. Berbaloi kerana cara belajar secara one-to-one adalah paling berkesan.

Fakta ini dibuktikan dengan kajian ilmiah yang dilakukan di Malaysia yang merumuskan, kaedah pembelajaran secara home tuisyen terbukti jauh lebih berkesan berbanding kaedah-kaedah pembelajaran yang lain. 98% pelajar yang mengambil tutor peribadi menunjukkan peningkatan markah yang ketara.

Berikut adalah harga tuisyen di rumah:

Harga Tuisyen di Rumah 2020
Harga Tuisyen di Rumah 2020

Bagaimana yuran tuisyen di rumah dikira?

Cara pengiraanya mudah sahaja. Harga dikira berdasarkan jumlah jam sesi pembelajaran dibuat pada setiap bulan. Sebagai contoh anak anda  yang bakal mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini mengambil home tuisyen untuk subjek matematik. 

Kadar bayaran per jam bagi pelajar darjah 6 ialah rm40/jam. 

Cara pengiraan yuran bulanan: RM40 x 1.5 jam (minimum setiap sesi kelas 1jam 30 minit) x 4 kali sesi kelas sebulan =  RM240 sebulan.

Jadi bayaran bulanan tuisyen di rumah yang anda perlu keluarkan hanyalah RM240 sebulan. 

Kalau anak saya ambil subjek sains dan matematik berapa bayarannya ?” Jika dua subjek pengiraanya adalah seperti berikut:

Cara pengiraan yuran bulanan bagi dua subjek: RM40 x 1.5 jam (minimum setiap sesi kelas 1jam 30 minit) x 4 kali sesi kelas sebulan x 2 subjek =  RM480 sebulan.

Jika anda merasakan anak anda hanya perlukan sedikit bimbingan dari tutor dan bercadang untuk buat sesi kelas sebanyak tiga kali sahaja dalam sebulan maka pengiraannya:

Cara pengiraannya bagi sesi kelas 3 kali sebulan: RM40 x 1.5 jam (minimum setiap sesi kelas 1 jam 30 minit) x 3 kali sesi kelas sebulan =  RM180 sebulan. 

Tetapi sekiranya anda inginkan harga yang lebih ekonomi anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk tuisyen di rumah dalam kumpulan kecil yang di jelaskan pada bahagian dibawah.

Dapatkan Tutor Terbaik Untuk Anak Anda

Tuisyen di rumah dalam kumpulan kecil

Bagi pelajar yang ingin belajar bersama-sama dengan rakan mereka dalam satu kumpulan, yuran bulanan akan menjadi murah. Setiap penambahan pelajar akan dikenakan tambahan RM10/jam. Sebagai contoh anak anda (Tingkatan 5) dan dua orang lagi rakannya belajar dalam satu kumpulan (1 tutor mengajar 3 pelajar).

Cara pengiraan Yuran: RM50 (Kadar perjam bagi pelajar tingkatan 5) + RM10 (rakan pertama) + RM10 (rakan kedua) = RM70/jam.

Jika kelas dibuat sebulan 4 kali sesi, RM70 x 1.5 jam x 4 kali sesi = RM420. Bermaksud seorang pelajar hanya perlu membayar sebanyak RM140 sahaja (RM420 bahagi 3 orang).

Walaubagaimanapun maksimum kapasiti bagi kelas berkumpulan ini hanya terhad kepada 4 orang pelajar sahaja dalam satu kumpulan. Hal ini bagi memastikan tutor dapat memberi fokus kepada setiap pelajar agar faham dengan jelas.

 

Lihat soalan lazim berkenaan tuisyen di rumah.

Mari kita lihat kisah Ali

Dapatkan Tutor Terbaik Untuk Anak Anda