Soalan Lazim

1. Siapakah Tutor Yang Mengajar?
Tutor kami terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangya satu tahun dan tahu tentang silibus pelajaran terkini.

2. Dimana Sesi Pembelajaran Akan Berlangsung?
Di rumah anda atau di mana-mana tempat yang selesa dan tidak terlalu bising seperti di perpustakaan awam, Kafe, dan sebagainya.

3. Bahan Pembelajaran Disediakan Oleh Siapa?
Bahan pembelajaran akan disediakan oleh tutor yang mengajar. Walaubagaimanapun anda disarankan untuk menyediakan buku rujukan dan latihan sebagai bahan tambahan untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih berkesan.

4. Bagaimana Kalau Saya Nak Batalkan Kelas atas Sebab-Sebab Tertentu?
Anda perlu maklumkan kepada kepada kepada tutor dalam tempoh 24 jam. Tarikh dan masa kelas ganti akan ditentukan berdasarkan persetujuan antara ibu bapa dengan tutor yang mengajar.

5. Apakah Jaminan Yang Maitutor Berikan?
Kami telah menemuduga dan menyaring kesemua tutor secara individu. Jika anda merasakan anak  anda dibimbing oleh tutor yang kurang sesuai maklumkan terus kepada kami selepas sesi pembelajaran pertama selesai. Kami akan gantikan dengan tutor yang lebih baik atau wang anda akan dikembalikan.

6. Bagaimana Dengan Bayaran?
Pihak kami akan mengeluarkan invois selepas anda bersetuju dengan pemilihan tutor dan jadual kelas. Bayaran perlu dibuat pada akhir bulan selepas semua sesi kelas home tuisyen selesai. Cara bayaran adalah melalui akaun syarikat secara deposit tunai, online transfer atau cek.

7. Berapa Lama Masa Diperlukan Untuk Melihat Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar?
Peningkatan prestasi akademik pelajar bergantung kepada banyak faktor seperti kekerapan sesi home tuisyen berlangsung dan usaha pelajar itu sendiri untuk menguasai matapelajaran. Mengikut statistik, 98% pelajar menunjukkan peningkatan markah peperiksaan selepas mengambil home tuition.

8. Bagaimana Yuran Home Tuisyen Dikira?
Yuran di kira berdasarkan jumlah jam home tuisyen setiap bulan. Lihat panduan pengiraan bayaran DISINI.

9. Bagaimana Jika Tutor Yang Batalkan Kelas Atas Sebab-Sebab Tertentu?
Kelas akan diganti pada tarikh yang dipersetujui oleh ibubapa dan tutor.

10. Boleh Ke Kalau Nak Sekalikan Dua Orang Pelajar Dalam Satu Sesi Kelas? Seorang Tingkatan 3 dan Seorang Lagi Tingkatan 5.
Maaf, tidak boleh kerana pembelajaran akan jadi kurang berkesan. Setiap pelajar perlu kelas yang berasingan.

Masih ada persoalan yang belum terjawab?

Whatsapp atau terus hubungi kami.