Cara pengiraanya mudah sahaja. Harga dikira berdasarkan jumlah jam sesi pembelajaran dibuat pada setiap bulan. Sebagai contoh anak anda yang bakal mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini mengambil home tuisyen untuk subjek matematik.
Kadar bayaran per jam bagi pelajar darjah 6 ialah rm40/jam.
Cara pengiraan yuran bulanan: RM40 x 1.5 jam (minimum setiap sesi kelas 1jam 30 minit) x 4 kali sesi kelas sebulan = RM240 sebulan.
Jadi bayaran bulanan tuisyen di rumah yang anda perlu keluarkan hanyalah RM240 sebulan.
“Kalau anak saya ambil subjek sains dan matematik berapa bayarannya ?” Jika dua subjek pengiraanya adalah seperti berikut:
Cara pengiraan yuran bulanan bagi dua subjek: RM40 x 1.5 jam (minimum setiap sesi kelas 1jam 30 minit) x 4 kali sesi kelas sebulan x 2 subjek = RM480 sebulan.
Jika anda merasakan anak anda hanya perlukan sedikit bimbingan dari tutor dan bercadang untuk buat sesi kelas sebanyak tiga kali sahaja dalam sebulan maka pengiraannya:
Cara pengiraannya bagi sesi kelas 3 kali sebulan: RM40 x 1.5 jam (minimum setiap sesi kelas 1 jam 30 minit) x 3 kali sesi kelas sebulan = RM180 sebulan.
Tetapi sekiranya anda inginkan harga yang lebih ekonomi anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk tuisyen di rumah dalam kumpulan kecil yang di jelaskan pada bahagian dibawah.